Borang permohonan hanya boleh dipohon melalui sekolah dengan membuat bayaran di
Bank Simpanan Nasional (BSN) RM10.00 bagi permohonan secara manual
(menggunakan Borang OMR) atau RM6.00 bagi permohonan melalui internet.
2.Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM
bagi sesi 2007/2008?
Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2007/2008 ialah RM250.00 bagi
Jurusan Sains dan RM242.00 bagi jurusan Perakaunan (Program Satu Tahun - PST).
Kadar yuran pendaftaran bagi tahun pertama Program Matrikulasi KPM (Program Dua
Tahun - PDT) sesi 2007/2009 ialah RM190.00
3.Bilakah tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi
KPM?

Tarikh tutup permohonan pada bulan Oktober. Tarikh tutup permohonan pada tahun ini
pada 10 Oktober 2007. Tarikh tutup pada tahun lepas pada 20 Oktober 2006.
4.Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?
Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi dan keputusan SPM calon yang layak
dan telah membuat permohonan sebelumnya.
5.Adakah saya dikenakan denda jika berhenti daripada pengajian?
Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM akan didenda mengikut dasar
pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:
1. Mendapat tawaran Bahagian Pendidikan Guru (kursus dalam dan luar negeri).
2. Mendapat tajaan agensi kerajaan ke luar negeri.
3. Menerima tawaran Asasi Sains UM.
4. Menerima tawaran Asasi Sains Pertanian UPM.
5. Menerima tawaran Asasi Undang-Undang UiTM - KPM.
6. Menerima tawaran Pra Ijazah Perubatan dan Farmasi UiTM.
7. Menerima tawaran Asasi Perubatan dan Farmasi UIA.
8. Menerima tawaran Tamhidi Perubatan dan Farmasi - Uni. Sains Islam Malaysia.
9. Masalah kesihatan dengan disokong laporan pegawai perubatan kerajaan.
6.Di manakah Program Matrikulasi KPM dijalankan?
Program Matrikulasi dijalankan di sembilan(9) buah kolej matrikulasi KPM
dan dua(2) buah kolej Mara seperti berikut:
Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Kuala Nerang
Kolej Matrikulasi Kulim
7.Bolehkah saya memohon pertukaran kolej pengajian yang telah ditawarkan
kepada saya?
Pelajar telah diberi peluang membuat 3 pilihan kolej semasa mengisi borang
permohonan. Walau bagaimanapun penempatan kolej tersebut tertakluk kepada logistik
dan pentadbiran. Sehubungan dengan itu, calon tidak dibenarkan bertukar kolej.
8.Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program
Matrikulasi KPM?
Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana IPTA dalam dan luar negara
berdasarkan kelulusan (PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.
9.Bilakah keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM akan
diketahui?
Pada kebiasaannya keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM akan
diketahui selepas kira-kira sebulan keputusan SPM diumumkan.
10.Bilakah tarikh pelajar mendaftar di kolej-kolej matrikulasi?
Tarikh pendaftaran pelajar biasanya pada pertengahan bulan Mei. Tarikh pendaftaran
bagi tahun ini ialah pada 14 Mei 2007 bagi Program Satu(1) Tahun dan 18 Jun 2007 bagi
Program Dua(2) Tahun.
11.Bilakah borang permohonan Program Matrikulasi KPM akan diedarkan di
sekolah?
Borang permohonan Program Matrikulasi KPM pada tahun ini akan diedarkan di sekolah
mulai awal bulan Ogos sehingga tarikh tutup permohonan iaitu pada 10 Oktober 2007
(Surat makluman ke sekolah berserta borang pesanan diedar pada bulan Mei).
12.Bolehkah pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan
dalam SPM memohon jurusan Perakaunan (M003)?
Pelajar perlu mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM bagi
memohon jurusan Perakaunan dan juga Sains
13.Mengapa pelajar gagal dalam permohonan Program Matrikulasi KPM
walaupun mendapat keputusan SPM yang cemerlang?
Biasanya pelajar gagal dalam permohonan Program Matrikulasi KPM sebab keputusan
mata pelajaran SPM yang cemerlang itu tidak termasuk mata pelajaran yang diambil kira
bagi Program Matrikulasi seperti Matematik, Matematik Tambahan dan dua(2) mata
pelajaran sains terbaik daripada Kimia / Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik
(Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik
& Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan) (bagi jurusan sains). Bagi
Jurusan Perakaunan pula mata pelajaran yang diambil kira ialah Matematik, Matematik
Tambahan dan dua (2) mata pelajaran terbaik daripada Prinsip Perakaunan/ Perdagangan/
Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains Tambahan/ Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan
Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik & Elektronik/ Teknologi
Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
14.Bagaimanakah cara membuat permohonan rayuan bagi Program Matrikulasi
KPM?
Pelajar boleh datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk mengisi borang rayuan
atau menulis surat permohonan rayuan. Salinan keputusan SPM yang disahkan perlu
dilampirkan bersama-sama surat rayuan.
15.Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut?
Anda boleh menghubungi BMKPM melalui talian telefon pejabat atau talian bantuan atau
dalam laman web KPM. Hanya pelajar yang berjaya sahaja akan dihubungi. Hanya
pelajar yang berjaya akan dihubungi. Pelajar yang tidak mendapat sebarang maklum
balas 2 minggu selepas 14 Mei 2007dianggap gagal
RSS Feed
Twitter








0 comments:
Post a Comment